Khamis, 22 November 2012

Teka-Teki 2


Indahnya alam jika dijaga,

Dahan pokok jangan dikerat;

Bolehkah adik cuba meneka,
Ikan apakah bertahi lalat?(Jawapan: Ikan Selangat)


 
Kalau tuan keluar ke kota,

Belikan saya sepapan petai ;

Marilah adik cubalah teka,

ikan apakah ada misai?


(Jawapan: Ikan Keli)




Taman indah hijau padangnya,

Terbang berkawan si burung kenari ;

Kalau mencuba apa salahnya,

Apakah haiwan paling pantas berlari?
(Jawapan: Cheetah)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan