Isnin, 26 November 2012

Kitaran Hidup Rama-rama





  • Rama –rama merupakan antara serangga yang mempunyai kitaran hidup lengkap sebagai seekor serangga.
  • Dalam proses kitar hidup yang dilaluinya , rama-rama melalui 4 proses/ peringkat.
  • Setiap peringkat yang ada adalah berbeza antara satu sama lain juga mempunyai tujuan yang berbeza.

         Peringkat 1 : Telur
  • Pada peringkat pertama ini rama-rama yang telah matang dan melakukan persenyawaan akan menghasilkan telur seperti dalam rajah diatas.
  • Telur rama-rama sangat nipis ,kecil, berkilat kekuningan / keputihan dan ada juga yang berbentuk silinder. Pada permukaan telur kelihatan tulang-tulang halus.
  • Kebiasaannya telur-telur yang dihasilkan oleh rama-rama ini akan menempel pada daun atau dahan pokok.  Tahap ini juga boleh dikenali sebagai tahap perkembangan.

      Peringkat 2 : Beluncas / Larva
  • Pada tahap ini telur yang menempel pada daun tadi telah matang dan pecah seterusnya menghasilkan beluncas.
  • Kebiasaanya beluncas panjang dan membentuk seperti badan rama-rama tetapi tidak mempunyai sayap.
  • Pada tahap ini ,ia dinamakan tahap perkembangan melalui pemakanan. Yang mana beluncas akan makan dan terus berkembang.
  • Beluncas juga mula ditumbuhi bulu-bulu halus dan corak tertentu mengikut spesisnya.


       peringkat 3 : Kepompong / Pupa
  • Pada tahap ini transformasi akan berlaku
  • Ulat akan bertukar ke struktur serangga dewasa mula terbentuk.
  • ada tahap ini beluncas akan berubah dan mengantungkan diri ke dalam kepompong
  • eneruskan kehidupan sehingga ia matang dan keluar sebagai rama-rama


               peringkat 4 : Rama-rama
  • Pada peringkat ini,rama-rama telah keluar dari kepompong sebagai rama-rama yang cantik
  • Mempunyai pelbagai warna dan bentuk antara satu sama lain.
  • Rama-rama yang matang akan bersenyawa,bertelur dan kitaran rama-rama yang seterusnya akan berlaku.

2 ulasan:

  1. Gambar kitaran rama-rama cikgu cantik dan jelas.

    BalasPadam
  2. gambar sangat menarik. nice blog...^^

    BalasPadam