Isnin, 26 November 2012

Kitaran Hidup katak






Peringkat Pertama
  • Katak bertelur di dalam air.  Telur bertelur dalam kuantiti yang banyak. 
  • Telur katak akan dilindungi oleh selaput jeli @ agar-agar.
  • Walaupun katak bertelur dalam jumlah yang banyak tidak semua telur akan menetas kerana hidupan lain akan memakan telur-telur katak ini.

Peringkat Kedua

  • Selepas 21 hari tempoh perkembangan. Ia akan bertukar menjadi berudu. 
  • Berudu akan membesar sehingga ia berjaya berenang di dalam air. Ini mengambil masa 3 hari hingga 3 minggu. 
  • Berudu makan tumbuhan air yang kecil yang dipanggil alga.
  • Berudu mempunyai ekor yang panjang, dan tinggal di dalam air.

Peringkat Ketiga

  • Selepas 5 minggu, berudu mula berubah. Kaki belakang mula terbentuk, diikuti dengan kaki hadapan.
  • Kaki hadapan terbentuk di bahagian belakang kepalanya yang bonjol. Ekor berudu mengecil. 
  • Paru – paru mula berkembang, untuk membolehkan katak hidup di darat.

Peringkat Keempat

  • Lama – kelamaan, berudu akan mula kelihatan seperti katak. Ia menanggalkan kulit. 
  • Mulutnya mula melebar, dan rahangnya mula hilang. Ekor mengecil, dan kaki membesar.
  • Paru – paru semakin menjalankan fungsinya.

  Peringkat Kelima

  • Selepas 11 minggu, ia telah berkembang dengan lengkap, katak yang mempunyai paru – paru, kaki dan tanpa ekor. Ia mula keluar dari air.
  • Katak lebih banyak menghabiskan hidupnya di darat, berbanding di dalam air. Katak yang kecil ini mula memakan serangga dan cacing.
  • Katak kecil ini akan menjadi katak dewasa dan akan mencari pasangan. Katak betina akan bertelur dan proses ini berulang kembali. 





2 ulasan:

  1. Penerangan yang ringkas dan teratur. Gambar yang dipaparkan menarik. Mampu menarik minat murid-murid dan rakan-rakan guru juga.

    BalasPadam