- Terdapat 4 spesis utama burung unta, iaitu Struthio Camelus
Australis, Struthio Camelus Syriacus, Struthio Camelus Massaiuc. Dalam
empat spesis tadi, terdapat banyak lagi subspesis, antaranya ialah
Arabian dan West African Ostrich yang disenaraikan sebagai spesis burung
unta yang terancam.
- Habitat asal burung unta ialah kawasan lapang dan kering serta
padang pasir Savana. Dianggarkan kini terdapat sejumlah 2 juta ekor
burung unta di seluruh dunia. Sebahagiannya hidup di Afrika manakala
sebahagian lagi dipelihara di 50 buah negara diseluruh dunia, merangkumi
semua kategori cuaca dari Alaska sampailah ke khatulistiwa.
- Burung unta dewasa boleh mencapai ketinggian 2.75 meter dan berat
155 kg, menjadikannya burung terbesar di dunia. Malangnya disebabkan
saiz yang besar serta kepaknya yang kecil, burung unta tidak boleh
terbang.
- Jangka hayat burung unta ialah 40 tahun. Ia mula mengawan ketika
usia 3 tahun, mengeluarkan 15 hingga 20 biji telur setiap kali bertelur
dan mengeramkannya selama 40 hari.
- Cara mengenali dan membezakan antara burung unta jantan dan betina
adalah burung unta jantan berwarna hitam berkilat dengan bulu berwarna
putih, serta kulit kemerahan atau kebiruan. Warna burung unta betina
adalah seragam iaitu bulu seperti warna tanah dan kulit yang coklat.
- Burung unta boleh dikomersialkan. Dagingnya yang sedap berwarna
merah, rendah kolesterol, kalori dan bebas lemak. Fitur daging unta
adalah serupa dengan daging lembu dan cara memasaknya juga sama.
- Makanan burung unta terdiri dari tumbuh-tumbuhan, buah-buahan,
bijirin, daun, pohon renek serta tumbuhan berair. Haiwan ini juga
memakan binatang vertebrata (tidak bertulang) dan vertebrata (bertulang
belakang) yang kecil. Burung unta juga memakan batu bagi tujuan
penghadaman.
- Sebiji telur burung unta bersamaan dengan 24 biji telur ayam dan pelu merebus selama 2 jam supaya ia benar-benar masak.
- Anak burung unta memerlukan masa 24 jam untuk keluar daripada
telurnya, kemudian ibunya akan memakan kulit telur bagi mendapatkan
bekalan kalsium.
- Kulit burung unta setebal 2mm dan boleh diletakkan beban seberat 68 kg diatasnya tanpa memecahkan telur tersebut.
- Burung unta betina juga boleh mengenali telurnya walaupun dicampur dengan telur burung betina yang lain.
- Burung unta mempunyai 2 jari kaki (panjang dan pendek). Jari yang
panjang untuk berlari manakala jari yang pendek untuk menyeimbangkan
badan. Jari yang panjang juga digunakan untuk menendang musuh dan
tendangan itu boleh membunuh seekor singa. Jika anda dikejar burung
unta, cepat-cepat meniarap dan tutup kepala dengan tangan kerana burung
unta tidak boleh menendang ke bawah dan ia tidak boleh menendang dalam
keadaan menundukkan kepala.
- Bebola mata burung unta lebih besar dari otaknya.
- Penglihatan burung unta sangat tajam. Ia boleh melihat sesuatu objek dalam jarak 2.5 kilometer.
- Kulit burung unta adalah yang kedua paling tahan selepas kulit buaya.
- Bulu burung unta mula digunakan oleh masyarakat orang asli Afrika
sebagai alat perhiasan sejak 5,000 tahun dahulu. Selain itu mereka
menjadikan kulit telur sebagai barang kemas dan bekas air.
- Dalam sejarah, otak burung unta dianggap sebagai makanan istimewa
pada zaman Nero (Kerajaan Roman). Salah seorang Raja Roman ketika itu,
Heliogabus (204-222 sebelum Masihi) diceritakan pada suatu ketika pernah
meminta 600 ketul otak burung unta untuk dihidangkan dalam satu jamuan.
- jangan cuba mendekati burung unta ketika musim mengawan atau anda
akan disudu dan ditendang oleh burung unta jantan. Sifat ini menjadikan
burung unta sangat berbahaya jika dipelihara
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan