ANITA BINTI MAHAT
KRT 3013
(D20112053820)
Awan yang berselerakan.Menjadi awan nano pada anak didik.Pabila panas terik sedia memayungi diri.
Halaman Pendidikan
▼
Isnin, 26 November 2012
Kitaran Hidup Rama-rama
Rama –rama merupakan antara serangga
yang mempunyai kitaran hidup lengkap sebagai seekor serangga.
Dalam proses kitar hidup yang
dilaluinya , rama-rama melalui 4 proses/ peringkat.
Setiap
peringkat yang ada adalah berbeza antara satu sama lain juga mempunyai tujuan
yang berbeza.
Peringkat
1 : Telur
Pada peringkat pertama ini rama-rama
yang telah matang dan melakukan persenyawaan akan menghasilkan telur seperti
dalam rajah diatas.
Telur rama-rama sangat nipis ,kecil,
berkilat kekuningan / keputihan dan ada juga yang berbentuk silinder. Pada
permukaan telur kelihatan tulang-tulang halus.
Kebiasaannya telur-telur yang
dihasilkan oleh rama-rama ini akan menempel pada daun atau dahan
pokok. Tahap ini juga boleh dikenali sebagai tahap perkembangan.
Peringkat 2 : Beluncas / Larva
Pada tahap ini telur yang
menempel pada daun tadi telah matang dan pecah seterusnya menghasilkan
beluncas.
Kebiasaanya beluncas panjang dan
membentuk seperti badan rama-rama tetapi tidak mempunyai sayap.
Pada tahap ini ,ia dinamakan tahap
perkembangan melalui pemakanan. Yang mana beluncas akan makan dan terus
berkembang.
Beluncas
juga mula ditumbuhi bulu-bulu halus dan corak tertentu mengikut spesisnya.
peringkat 3 : Kepompong / Pupa
Pada tahap ini transformasi
akan berlaku
Ulat akan bertukar ke struktur
serangga dewasa mula terbentuk.
ada tahap ini beluncas akan berubah
dan mengantungkan diri ke dalam kepompong
eneruskan kehidupan sehingga ia
matang dan keluar sebagai rama-rama
peringkat
4 : Rama-rama
Pada peringkat ini,rama-rama telah
keluar dari kepompong sebagai rama-rama yang cantik
Mempunyai pelbagai warna dan
bentuk antara satu sama lain.
Rama-rama yang matang akan
bersenyawa,bertelur dan kitaran rama-rama yang seterusnya akan berlaku.
Gambar kitaran rama-rama cikgu cantik dan jelas.
BalasPadamgambar sangat menarik. nice blog...^^
BalasPadam