Awan Nano
ANITA BINTI MAHAT KRT 3013 (D20112053820) Awan yang berselerakan.Menjadi awan nano pada anak didik.Pabila panas terik sedia memayungi diri.
Label
- AKTIVITI GURU (2)
- AKTIVITI MURID (3)
- INFO MENARIK (7)
- JOM KARAOKE (5)
- KUIZ SAINS (3)
- NOTA SAINS (5)
- PEKA (3)
- PENGUMUMAN (1)
- PETA MINDA (3)
- RENUNG SEJENAK (1)
- SOALAN UJIAN (2)
- TEKA-TEKI (2)
- VIDEO SAINS (4)
Khamis, 13 Disember 2012
Burung Unta
Rabu, 12 Disember 2012
Soalannya:
Haiwan di atas (Kucing) tergolong dalam Haiwan Karnivor atau Omnivor? Emmm....Fikirkan!
Jawapannya:
kucing ialah haiwan karnivor. Karnivor bermaksud haiwan yang makan daging sahaja.
Kucing secara semulajadi TIDAK akan makan makanan selain daging melainkan setelah ianya bercampur dengan daging itu sendiri. Kucing yang makan daun atau rumput pula menjadikan tumbuhan tersebut sebagai herba dalam memulih masalah penghadaman yang dihadapi.
Selasa, 27 November 2012
MALAM ALMA MATER
Gambar kenangan bersama teman-teman seperjuangan di SK Methodist (ACS) Kampar.
Persembahan nyanyian (karaoke) pada malam
ALMA MATER ( Pn. Yong, Pn. Intan dan Pn. Anita)
ALMA MATER ( Pn. Yong, Pn. Intan dan Pn. Anita)
Makan Malam bersama 1000 jemputan yang lain di malam
ALMA MATER
Alam Semesta
Alam semesta merujuk kepada kesemua benda yang wujud, sama ada dapat dilihat (pepejal), atau tidak dapat dilihat (udara). Benda-benda di dalam alam semesta dapat di bahagikan kepada dua kumpulan utama, iaitu benda hidup dan benda bukan hidup.
Sebahagian pakar sains percaya bahawa Alam Semesta bermula dengan satu letupan besar yang membentuk ruang, masa, tenaga, dan jirim. Dalam Alam Semesta terdapat kelompok-kelompok galaksi yang teramat besar yang dikenali sebagai Kelompok agung, yang terdiri daripada kelompok-kelompok galaksi yang lebih kecil.
Dalam kelompok galaksi yang lebih kecil daripada Kelompok agung, di mana kita berada dikenali sebagai Kelompok tempatan. Terdapat 30 galaksi termasuk Bima Sakti yang telah dikenal pasti, beredar mengelilingi pusat Kelompok tempatan. Dalam setiap galaksi dianggarkan terdapat pula 100,000 juta bintang dan pada kebiasaannya setiap galaksi berbentuk leper dan tebal sedikit dibahagian tengah seperti piring dengan saiz diameter 100,000 tahun cahaya.Bagaimanapun terdapat galaksi berbentuk lingkaran, lingkaran berpalang, elips, bentuk tak seragam.
Setiap galaksi berputar mengelilingi pusat galaksi, dan ini termasuk sistem suria yang terletak di dua per tiga ke tepi galaksi Bima Sakti, kira-kira 30 ribu tahun cahaya dari pusat. Sistem suria mengambil masa 220 juta tahun untuk melengkapi satu edaran mengelilingi pusat galaksi Bima Sakti. Dalam Sistem suria pula kesemua sembilan planet beredar mengelilingi matahari. Sesetengah planet di sistem suria memiliki bulan yang beredar mengelilingi mereka.
Isnin, 26 November 2012
Langgan:
Catatan (Atom)