Khamis, 13 Disember 2012

Burung Unta

Photobucket
  1. Terdapat 4 spesis utama burung unta, iaitu Struthio Camelus Australis, Struthio Camelus Syriacus, Struthio Camelus Massaiuc. Dalam empat spesis tadi, terdapat banyak lagi subspesis, antaranya ialah Arabian dan West African Ostrich yang disenaraikan sebagai spesis burung unta yang terancam.                         
  2. animated gifs ostriches 7Habitat asal burung unta ialah kawasan lapang dan kering serta padang pasir Savana. Dianggarkan kini terdapat sejumlah 2 juta ekor burung unta di seluruh dunia. Sebahagiannya hidup di Afrika manakala sebahagian lagi dipelihara di 50 buah negara diseluruh dunia, merangkumi semua kategori cuaca dari Alaska sampailah ke khatulistiwa.
  3. Burung unta dewasa boleh mencapai ketinggian 2.75 meter dan berat 155 kg, menjadikannya burung terbesar di dunia. Malangnya disebabkan saiz yang besar serta kepaknya yang kecil, burung unta tidak boleh terbang.
  4. animated gifs ostriches 7Jangka hayat burung unta ialah 40 tahun. Ia mula mengawan ketika usia 3 tahun, mengeluarkan 15 hingga 20 biji telur setiap kali bertelur dan mengeramkannya selama 40 hari.
  5. Cara mengenali dan membezakan antara burung unta jantan dan betina adalah burung unta jantan berwarna hitam berkilat dengan bulu berwarna putih, serta kulit kemerahan atau kebiruan. Warna burung unta betina adalah seragam iaitu bulu seperti warna tanah dan kulit yang coklat.
  6. animated gifs ostriches 8Burung unta boleh dikomersialkan. Dagingnya yang sedap berwarna merah, rendah kolesterol, kalori dan bebas lemak. Fitur daging unta adalah serupa dengan daging lembu dan cara memasaknya juga sama.
  7. Makanan burung unta terdiri dari tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, bijirin, daun, pohon renek serta tumbuhan berair. Haiwan ini juga memakan binatang vertebrata (tidak bertulang) dan vertebrata (bertulang belakang) yang kecil. Burung unta juga memakan batu bagi tujuan penghadaman.
  8. Sebiji telur burung unta bersamaan dengan 24 biji telur ayam dan pelu merebus selama 2 jam supaya ia benar-benar masak.
  9. Anak burung unta memerlukan masa 24 jam untuk keluar daripada telurnya, kemudian ibunya akan memakan kulit telur bagi mendapatkan bekalan kalsium.
  10. animated gifs ostriches 7Kulit burung unta setebal 2mm dan boleh diletakkan beban seberat 68 kg diatasnya tanpa memecahkan telur tersebut.
  11. Burung unta betina juga boleh mengenali telurnya walaupun dicampur dengan telur burung betina yang lain.
  12. Burung unta mempunyai 2 jari kaki (panjang dan pendek). Jari yang panjang untuk berlari manakala jari yang pendek untuk menyeimbangkan badan. Jari yang panjang juga digunakan untuk menendang musuh dan tendangan itu boleh membunuh seekor singa. Jika anda dikejar burung unta, cepat-cepat meniarap dan tutup kepala dengan tangan kerana burung unta tidak boleh menendang ke bawah dan ia tidak boleh menendang dalam keadaan menundukkan kepala.
  13. animated gifs ostriches 7Bebola mata burung unta lebih besar dari otaknya.
  14. Penglihatan burung unta sangat tajam. Ia boleh melihat sesuatu objek dalam jarak 2.5 kilometer.
  15. Kulit burung unta adalah yang kedua paling tahan selepas kulit buaya.
  16. animated gifs ostriches 7Bulu burung unta mula digunakan oleh masyarakat orang asli Afrika sebagai alat perhiasan sejak 5,000 tahun dahulu. Selain itu mereka menjadikan kulit telur sebagai barang kemas dan bekas air.
  17. Dalam sejarah, otak burung unta dianggap sebagai makanan istimewa pada zaman Nero (Kerajaan Roman). Salah seorang Raja Roman ketika itu, Heliogabus (204-222 sebelum Masihi) diceritakan pada suatu ketika pernah meminta 600 ketul otak burung unta untuk dihidangkan dalam satu jamuan.
  18. animated gifs ostriches 8jangan cuba mendekati burung unta ketika musim mengawan atau anda akan disudu dan ditendang oleh burung unta jantan. Sifat ini menjadikan burung unta sangat berbahaya jika dipelihara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan